Di Minit Terakhirku

 
Other things
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Duis ligula lorem, consequat eget, tristique nec, auctor quis, purus. Vivamus ut sem. Fusce aliquam nunc vitae purus.
Other things
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Duis ligula lorem, consequat eget, tristique nec, auctor quis, purus. Vivamus ut sem. Fusce aliquam nunc vitae purus.
Other things
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Duis ligula lorem, consequat eget, tristique nec, auctor quis, purus. Vivamus ut sem. Fusce aliquam nunc vitae purus.
Other things
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Duis ligula lorem, consequat eget, tristique nec, auctor quis, purus. Vivamus ut sem. Fusce aliquam nunc vitae purus.
Other things
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Duis ligula lorem, consequat eget, tristique nec, auctor quis, purus. Vivamus ut sem. Fusce aliquam nunc vitae purus.
MAMPUKAH ISLAM HADHARI MEMBAWA ANDA KE KAYANGAN??
Monday, January 14, 2008
MAMPUKAH ISLAM HADHARI MEMBAWA ANDA KE KAYANGAN??
333 magnify
Assalamualaikum...

Mungkin sudah sekian lama penulisan saya tidak menerjah jaring politik malaysia.. tetapi pada malam ini, bukan isu harga minyak atau kes jenayah yang mengheret diri kekancah ini, tetapi ISLAM HADHARI.. Islam yang kononnya diberi nafas baru, sebagai pemangkin kecemerlangan umat..disini,aku ingin berkomentar dengan lebih detail tentang 'ISLAM' berwajah baru ini, supaya kita sama2 dapat mengenal siapakah ISLAM hadhari ini..

Seperti yang saya pernah lalui dulu ketika berada dialam Universiti awam dalam negara.. Setiap pelajar akan diasak kedalam telinga mereka dengan perkataan ISLAM HADHARI BUKAN SUATU AGAMA YANG BARU TETAPI SUATU PENDEKATAN KERAJAAN UNTK MEMAJUKAN UMMAT MALAYSIA.. disini saya ingin menarik para pembaca sekalian.. Benarkah baris kata yang puitis di atas mempunyai tujuan dan maksud sedemikian??.. Benarkah niat kerajaan adalah untk memajukan umat Islam supaya kembali kepada Islam yang sebenar? Siapakah yang tahu hati dan niat kerjaan ini adalah murni? Adakah ia sebersih pasir di pantai? dan bagaimana utk kita mengetahuinya???

Dalam sebuah kitab tasawuff.. Ada membincangkan tentang hati dan niat.. Apa kata kitab itu.. Urusan Hati(niat) itu adalah hak Allah dalam menilai manusia dan manusia tidak berhak menilai hati manusia yang lain, TETAPI manusia dapat mengukur(nilai) manusia yang lain pada TINDAKAN(perilaku seseorang)

Sebagai contoh..
Bayangkan anda semua sebagai seorang ayah atau ibu yang sedang memilih menantu atau bakal calon suami or isteri untuk anak anda.. Apakah kriteria yang anda tetapkan? Adakah anda akan tetapkan syarat yang pertama iaitu Memiliki Hati Yang Tulus Bersih.. Pendek kata beriman.. tetapi bagaimana kita ingin ketahui rupa hati yang tulus beriman ini? Adakah kita ukur menggunakan pembaris? atau pun kertas Litmus??

Tentu sekali pada perilakunya(TINDAKANnya) Adakah kita anggap seseorang itu bertaqwa dan berhati suci.. sedang ia si peminum arak, kaki judi, kaki rasuah, kaki perompak.. dan tiba2 anda memilihnya sebagai menantu kerana ia pernah berkata kepada anda bahawa dia akan membawa anak anda dan anda sekeluarga ke pintu kebahagiaan yang abadi..?? Adakah dengan jaminan ini, kita semua melabel ia sebagai ketua keluarga yang soleh?? oohhh cukup mudah..

Atau dalam situasi yang lain pulak...
andai kata kita sudah tersilap pilih..dan calon itu sudah memenagi kerusi pengantin atau sudah berkahwin, yang mana semasa pilihanraya utk menjadi pengatin, dia pernah mengistiharkan bahawa ia seorang yang soleh, siap menjadi imam di rumah lagi,tetapi malangnya anda baru sedar ia adalah penipu yang besar,pemabuk dan sebagainya.. Bila anda bertanya pada nya,dia akan menafikannya dan tetap menojolkan ke macholan dan ke solehannya.. mungkin terdetik dihati ini, "Ahh.. mungkin ia berniat utk menjadi seorang yang soleh".."tetapi dalam proses perubahan".. Bab kata perpatah sikit2 lama jadi bukit ceawah.."baiklah aku bagi peluang padanya lah"..

Setelah sekian lama anda memberi peluang, akhirnya ia benar-benar 'berubah',bagaimana?
Si Dia mengaku pada anda dia telah berubah.. Sebagai bukti ia mengatakan pada Anda bahawa dulu dia seorang pemabuk yang suka meminum arak yang berjenama Carlsberg yang berharga RM 2.00 setin tetapi sekarang dia sudah berubah.. Sekarang dia hanya minum arak berjenama TIGER yang berharga RM 1.50...katanya lagi lebih jimat walau harga berbeza liter tetap sama..dan sebagai dalil atau hujah menyokong tindakannya itu.. Ia bacakan sepotong hadis kepada anda.. Bahawa boros itu amalan syaitan.. wahhhh... adakah kita akan terkejut dengan perubahan ini??

Sungguh islamik si dia ini??Jika anda tetap kata ia sudah semakin soleh.. kerana dia mampu membaca sepotong hadis yang mengajar diri nya supaya tidak membazir..Jika anda tetap berkata YA.. nmpaknya anda sedang membina alasan atau fakta yang palsu untuk menutup kesesatan si dia ini,anda berusaha menyenangkan hati anda..Bukan sahaja dirinya semakin sesat tetapi turut menyesatkan anda..Jika anda seorang yang jujur dan ikhlas pada diri dan kebenaran.. maka nyatakanlah kebenaran..Jgn biarkan si dia terus sesat dan meyesatkan.. Bantulah ia..bukan mengampu dia..

Jadi bagaimana sekarang?
Mungkin ada yang tidak mengerti mengenai teknik penulisan berorentasikan perumpaan diatas ini..
Mesti ada yang tetanya.. Siapa Si Dia? Pengantin tu siapa?
Disini saya huraikan secara realiti.. Si Dia dan pengatin itu.. saya umpakan sebagai ISLAM HADHARI yang sedang dicanangkan oleh Pak Lah..memilih calon menantu itu saya ibaratkan sebagai ikutan dan pilihan hati kita..

Dimanakah kebenaranya semua hujah saya ini?
Kebenaran dan buktinya amat mudah untuk anda temui..
Mungkin ia berada di persekitaran kita..Sebagai bukti ialah...

Sebelum Islam Hadhari di istiharkan oleh Pak Lah..

1. Syarikat Arak di berikan lesen utk berniaga dan mengusahakan peniagaan mereka dengan syarat, mereka mesti membayar cukai pada negara.. Peniagaan arak di malaysia bukan secara kecil-kecilan.. Tetapi bernilai ratusan juta ringgit.. bahkan berbilion.. Jika anda tidak percaya.. Silalah perhatikan saiz Kilang arak di Selangor dan KL.. Mungkin pada pandangan pertama anda ia adalah kilang penapisan minyak..tetapi malangnya tidak..

2.Malaysia merupakan antara tempat yang menjadi syurga kepada kaki judi seluruh dunia bahkan rakyat malaysia sendiri, sebagai bukti sebuah kasino yang tersegam indah di GENTING, Malaysia juga turut mengitharkan bahawa, rakyat malaysia boleh berjudi dimana sahaja kecuali di kedai Judi Haram.. Disini sudah lahir istilah baru iaitu JUDI HALAL dan JUDI HARAM..

3.Malaysia juga telah mengistiharkan bahawa, Malaysia adalah negara Islam.. Dan pada masa yang sama, ia menolak perundangan Islam sebagai perlembagaan tertinggi negara.. Undang2 Islam hanya di ambil berdasar pilihan mereka bukan mengikut pilihan Allah...(Persoalan: SIAPA YANG LEBIH BIJAK>>ALLAH OR MANUSIA?)

Sekarang.. Anda sendiri boleh menilai sejauh mana perubahan yang telah ada nikmati sepanjang bernaung di bawah panji Islam Hadhari ini..
Adakah perubahan yang anda maksudkan itu hanyalah pada Karnival Islam Hadhari?, Perkampungan Islam Hadhari?
Setelah hampir 5 tahun kita berlindung dibawah teduhan bernama Islam Hadhari ini..
Kita patut sedar dan jelas tentang erti sebenar perubahan dan kemerdekaan..

Masyarakat akan memandang..Di bawah naungan Islam Hadhari
1.Arak boleh subur dan terus menjadi sumber pendapatan negara
2.Perlembagaan negara lebih berkuasa dan hebat dari Al-Quran,Sunnah, dan Ulama'
3.Judi itu ada yang halal asalkan ia berlesen
4.Rasuah,bunuh,rogol, menjadi halwa telinga masyarakat
5.Merampas dan meroboh rumah rakyat dengan sesuka hati.
6.Menangkap dan memenjarakan rakyat tanpa perbicaraan dengan sesuka hati (ISA)
7.Membahagikan manusia berdasarkan kaum...
8.Kes murtad menjadi-jadi
9.Gerakan Islam Liberal(Sister In Islam) semakin utuh di bumi ini
dan bnyak lagi..
Semua ini kita perhati dan rasai dibawah pentadbiran Islam Hadhari.. Adakah ini ISLAM SEJATI yang ingin dikembalikan oleh Kerajaan kita..Dan adakah ini niat dan hasrat kerajaan kita..

Pada diri ini.. Laungan Islam Hadhari hanyalah sebagai alat politik yang digunakan utk memancing sokongan rakyat.. dan sokongan ini hanya diperolehi dari rakyat yang kabur pada wajah sebenar Islam, dan mereka terpedaya pada topeng yang dipakai oleh kerajaan..

Sedarlah wahai jiwa-jiwa yang ikhlas.. Adakah kita mahu digelar sebagai pendokong gerakan agama sesat?? jarang untuk ketemu orang jahat mengaku jahat.. Maka perhatikanlah perilaku dan tindakannya,kerana disitu kita dapat menilai..

Akhirkalam.. Ayuh,usah biarkan diri kita berdiam diri atas kesesatan yang bermaharajalela ini, Bangun dan sedar..Selamatkanlah bumi bertuah ini dari kerosakan yang mebinasakan..

Wasalam...

posted by Dr. Mohd Zaim Bin Abdul Aziz @ 8:25 AM   0 comments
About Me

Name: Dr. Mohd Zaim Bin Abdul Aziz
Home:
About Me:
See my complete profile
Previous Post
Archives
Links
Powered by

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 Di Minit Terakhirku Template by Isnaini Dot Com